Rabu, 24 Julai 2013

Ku Ingin Kamu

BAB 1


     "what?!! ma... eee takmolah Mira maaaaaa... eee tulunlah..dah takde jantan lain ke maaaa erghh!!" 
     "kau jangan banyak songeh Mira. Ingat sikit, dah kau yang tak dapat ubah kan diri kau dalam tempoh
      masa yang mama letak, nilah habuan untuk kau"
     "tapi maa.. takkanlah dengan dia?! dahlah mamat kampung,main lintah bagai,busuk!"
     "habis tu kau ingat kau tu dah wangi sangat lah ek? tau tak sekarang dah pukul berapa?" jeling Amira melihat jam di dinding yang menunjukkan jam 12 tengahari. 
     "selagi matahari tak terpacak, selagi tu kau tak bangun kan,anak dara apa ni". bebel Datin Mariah sambil
mengibas-ngibas selimut Amira.Amira anak bongsu dari dua beradik.Faisal abangnya sudah mendirikan rumah tangga dan sudah tentu dirumahnya hanya ada Amira,Datin Mariah dan Datok Jamal serta pembantu rumah yang lebih mesra dipanggil Mak Mah. 
    "dah bangun bangun! mandi, siap cepat.Lengah-lengah ni lambat karang payah"
    "huh!" dengus tanda Amira merungut
    "ala mama ni, senang-senang mama jela khawin dengan dia.Mira tak naklah. Malulah Mira dengan kawan-kawan Mira.Nanti apa diorang kata"
    "amboi-amboi,banyak cantik muka mama ni. dah tu papa kau nak letak mana? dah-dah jangan banyak alasan.Ingat Mira, selagi kau tak khawin selagi tu syurga dibawah tapak kaki ibu tau.Derhaka jawabnya tau tak?"
    "adoiiilahaiii,bagaimananipon.. tidak sanggup dahku mahu mengahadapi kesemuaan inipon.."
    "da,kau jangan nak adoilahai,bagaimananipon sangat Mira. Cepat siap!" tegas Datin Mariah arah Amira yang cuba meleka-lekakan masa.
     Tuala dicapainya lalu masuk ke bilik air.Dikepalanya masih fikir akan hal yang bakal dia lalui sebentar lagi.Inilah akibatnya apabila tidak dapat melaksanakan permintaan Datin Mariah yang memintanya berubah menjadi seorang wanita dalam masa dua bulan. Datin Mariah terlalu sayangkan Amira tapi dek kerana sikapnya yang agak kasar,memakai pakaian ala-ala lelaki membuatkan kecil hati Datin Mariah kerana rakan-rakannya sering mengata-ngata akan perilaku anak gadisnya itu.
     "Mira!!cepatlah turun,bertenggek apa lagi dekat atas tu?!"jerit Datin Mariah sambil mengangkat beg miliknya masuk ke dalam kereta. Mak Mah leka menyusun-nyusun beg didalam kereta agar tersusun rapi.
    "ye ye! orang turun lah ni maa.. kecoh lah ma ni" rungut Amira.
    " ha semua dah siap? bolehlah kita bertolak sekarang?" soal Datok Jamal bagi memastikan semuanya siap.
    "dah..mmm" lemah Amira membalas. 
    " eeee fedapnya aku macamni! apa aku nak buat sekarang.takkan nak lari?" bisik hati Amira 
    "Mak Mah tolong tengok-tengokkan rumah macam biasa ye Mak Mah? Nanti dah sampai kami telefon"
     " Baik Datin, hati-hati ye "
     Perjalanan dari Kota Damansara ke Perak memakan masa tiga jam. Jadi mereka perlu bertolak awal  untuk elak kesesakan dan sambil-sambil tu bolehlah berehat jika sampai awal. Diminda Amira masih lagi kusut dengan apa yang berlaku sekarang. Kerana dia akan disatukan dengan pemuda kampung yang dia selalu gaduh dari kecil tidak pernah baik-baik, dan bermacam lagi yang difikirkan. 
     "Mira,nanti dah sampai sana jaga kelakuan tau.Mama tak nak tengok Mira kasar macam jantan.Jaga sikit perangai tu"
     "hak eleh ma ni. tak payahlah nak hipokrit sangat pon"
     "menjawab..abang tengok tu anak awak.makin besar makin menjadi.kita nak yang terbaik, ada je alasan"
     " mira, betul apa yang mama mira kata tu. mira kan perempuan,jadi perangai tu kenalah ubah siket jadi keperempuanan"
     "ala pa..dah ini diri mira,nak buat camne lagi pa..ala rileklah..janji tak kacau orang kan". Geleng Datok Jamal dengan karenah anak bongsunya itu.Perjalanan diteruskan dengan penuh berhati-hati agar sampai ke destinasi. Mereka akan ke rumah kawan lama Datin Mariah. Datin Mariah suka gemar dengan anak lelaki kawannya Puan Kalsom yang sangat sopan,manis pada pandangan matanya,hormat orang tua.Dia juga sebenarnya sudah niat lama mahu menjodohkan anak gadisnya dengan Zainal.Tapi dek kerana Amira seorang yang keras kepala,ego,suka melawan cakap dan agak kasar seperti lelaki, maka dia perlu memasang strategi untuk menyatukan mereka berdua.Dia juga berharap dengan adanya Zainal dalam hidup Amira kelak, dapat membantu Amira menjadi seorang wanita yang lemah lembut seperti wanita-wanita yang lain yang mempunyai ciri-ciri keperempuanan.


BAB 2


    Angin sepoi-sepoi di kampung halaman Paun Kalsom. Perjalanan yang memakan masa yang agak lama membuatkan Datok Jamal rasa kepenatan sedikit. Datok Jamal mempunyai pemandunya sendiri tapi dek kerana tidak mahu menyusahkan pemandunya, jadi dia membuat keputusan untuk memandu sendiri kerana Datok Jamal faham akan situasi pemandunya yang juga mempunyai keluarga. 
     "Assalammualaikum,Kak Som..oo kak Som.." lambat jawapan salam diberi muncul anak kecil dari belakang rumah sambil memegang buah kelapa.
     "Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarokatuh, ye cari siapa?" soal anak kecil usia 7 tahun dengan 
keadaan diri yang agak comot sedikit.
     "Mak cik Som ada tak adek?" soal Datin Mariah tersenyum melihat keletah anak kecil itu.
     "ooo cik Com.. ada ada..dekat belakang tengah kopek pokok nyok, makcik"
     " oo dekat belakang , okay tak pelah macamtu, makcik pergi belakang jap "
     " sapa tu Asyraf?" soal Puan Kalsom sambil membetol-betolkan kain batiknya.
     " laaaaaa kau Mar! Bila sampai? Ya Allah lama betul tak jumpa kau Mar.."
     " tulah kak Som, lama betul kita tak jumpa kan.Syukur dapat peluang juga jumpa ni." senyum Datin Mariah gembira dapat bertemu dengan rakan baiknya yang sudah lama tidak ketemu.
     " eh Jamal pon ada, eelahaiiii kau ni Mal makin busy benor kome ye..Atenye dah duduk sini nanti jangan lupa jalan-jalan kampung ye yop"
    "hahah  akak Som ni pun,mestilah saya ronda-ronda kampung.apa orang kata nak release tension haha"
    " eh kau orang berdua je ke datang? kata bertiga? " sedari akan apa yang diperkatakan Puan Kalsom baru Datin Mariah perasan rupanya anak nya masih duduk lagi didalam kereta tidak keluar. Datin Mariah membuat isyarat mata meminta Amira keluar.
    "amboiii besar dah anak kome ye. atenye nape dia ni pakai baju besar? tak de baju ke?" 
    " eh taklah makcik, ni lah baju saya. fashion makcik. style kan kan kan" jawab Amira sambil mengangkat kening.
   "ha? apa? pesen? apanye pesen? dah macam ngope buah cempedak kene balut je makcik nengoknya haa. hahahah macam-macamlah kamu ni Mira. Tak ubah-ubah dari kecil.
   "ha dah jum-jum naik atas.kome-kome mandi, siap-siaplah apa yang patut.akak nak kebelakang kutip kelapa. banyak lagi tak siap. nak apa-apa ambil jelah.buat macam rumah sendiri ye" 
   "baiklah kak Som" balas Datin Mariah senyum sambil mengangkat beg-beg yang berada di dalam keretanya sambil dibantu oleh suaminya dan anaknya.

..............................................

     Bau busuk yang tiba-tiba datang , menganggu hidung Amira yang sedang leka membelek majalah di ruang tamu.
     "mana datang pulak bau taik kucing ni..ishhh potong betul lah"
     " taik kucing abah kau !"
     terkejut Amira  tiba-tiba muncul satu tubuh dibelakangnya. 
    "datang dah orang bandar ni.sanggup ke duduk kampung?"
     Amira membuat muka jelek tanda geram dengan apa yang diperkatakan oleh Zainal.
    "kau ingat aku nak sangat ke datang sini sengal!" dahlah bau busuk!agak-agaklah weh deyyy! "
    "deyyyyy deyy minaci, kau datang sini buat cara hormat sikit eh.ni bukan bandar"
    "talk to my hand!..."geram Amira sambil menepek majalah yang berada ditangannya ke muka Zainal.
     "kuang hajo nye minah! kau ni dah lebih!" ikan sungai yang berada ditangannya cuba dihalakan kearah muka Amira tapi belum sempat dibuat begitu, Puan Kalsom tiba-tiba datang sambil memegang tongkat mahu menghambat mereka berdua.
     "eh eh eh budak-budak nilah.dah dah! dah tua bangka pon nak bergadoh lagi ke.dari kecil bergadoh takkan dah besar ni nak bergadoh juga "
     "budak bandar ni ha mak" 
     "eh kau jantan! " marah Amira geram dengan apa yang Zainal lakukan sebentar tadi padanya.
     "dah dah! kau Nal, bawak ikan-ikan tu ke dapur.kang ada juga yang tak makan ni kang"
     Zainal berlalu pergi sambil membuat hidung kembang kearah Amira tanda dia menang kali ni. Geram Amira dengan apa yang terjadi. 
     "takpe takpe, harini hari kau jantan, kau siaplah.kau tak kenal aku lagi siapa.hey! ni Mira lah.Mira Jambu.Siapa tak kenal."



BAB 3


     Banyak lauk yang terhidang di atas meja pada malam itu.Membuatkan masing-masing tidak sabar mahu menjamu selera dengan rezeki yang enak-enak belaka.
     "wahhh banyaknya lauk malam ni, dah macam kenduri" kata Datok Jamal lalu menarik kerusi untuk dia duduk.
    "kenduri ya bang.aah kenduri lah, kan kita bakal dapat menantu nanti" tersedak Zainal yang ketika itu sedang minum air membuatkan Amira meluat melihat wajahnya yang berlagak dan poyo.
    "haa jum makan. Nal, baca doa nak"
    " ha? erm baik. Bismillahirrohmanirrohim"
    "eleh tunjuk berlagak baik alim bagai kunun pulek mamat poyo ni" bisik hati kecil Amira yang sangat meluat melihat lelaki  dihadapannya.
    "semua ni Mira yang masak tau" usik Puan Kalsom membuatkan terbeliak mata Zainal mendengarnya
    " ha? Mira masak? sedap ke? reti ke dia masak? masak roti telur pon tak lepas" soal Zainal sambil membuat muka jelek.
    " hahahah, Mira masak? memang tak makanlah kita semua kalau dia yang masak" sampuk Datin Mariah yang tahu yang Amira bukannya suka bab-bab dapur ni. Yang dia suka benda-benda lasak sahaja.
     "taulah Mira tak pro sangat bab-bab dapur ni ma, makcik, tapi kalau sekali pekena,perghh memang terangkat lah siapa yang merasa.menjilat kening terus tau"
     "hahhaha ,panjangnya lidah kau Mira, hahahah" gelak Puan Kalsom dengan karenah Amirah yang dari kecil suka sangat mengusik.
     Amira yang sedari dari tadi Zainal asyik memandang ke arahnya membuatkan dia berasa rimas dan berasa seperti mahu hempuk saja lelaki dihadapannya itu.
     "kau dah kenapa  usha-usha aku camtu? ada hutang ke?" 
Zainal memandang wajah Amira dihadapannya yang bagi dia kecil besar kecil besar je.
     "jangan perasan, aku tengok jam dinding dekat belakang kau tu ek"
semakin geram Amira padanya semakin membuak perasaannya mahu memperlangkong lelaki dihadapannya.



BAB 4


     "maaf Lya, saya terpaksa. mungkin sampai sini je hubungan kita.tapi saya harap kita dapat jadi kawan"
     "tapi kenapa? kenapa? sebab budak bandar tu ke? nangis Alya apabila hubungannya dengan Zainal terpaksa diputuskan dek kerana Datin Mariah mahu menjodohkan Amira dengan Zainal.
     "saya terpaksa. kalau ikutkan saya pun tak naklah dengan minah tu.dahlah kasar macam jantan.pakai bengkong,jalan pon macam jantan lepastu suka sangat goyang-goyang macam hentak-hentak kaki kat lantai.berlagak jantan"
     "dah tu kenapa awak tak terus terang je"
     "saya sayangkan mak saya Lya.saya tak sanggup lukakan permintaan mak saya"
     "saya sedih sangat tau Zainal. awak tau tak saya sayangkan awak macammana"
     Serba salah Zainal jadinya tapi apakan daya, ditelan mati emak,diluah mati bapa.
     "maafkan saya Lya, saya terpaksa.mungkin sampai sini je jodoh kita tapi saya berharap kita dapat berkawan Lya " pujuk Zainal lagi. Sememangnya dia sedih kerana dek permintaan emaknya dia terpaksa putuskan hubungannya dengan Alya gadis yang dia cintai.

...........................................................

    Majalah kereta dibelek-belek Amira sambil mulutnya sibuk mengunyah buah epal.Tiba-tiba matanya terlihat susuh tubuh yang dia kenali dari jauh. 
     " hai, baru putus cinta ke mamat hindustan ni" gelak Amira sambil mengunyah epal di tangannya lagi
    Jeling tajam Zainal terhadap Amira. Benci dan meluatnya dia melihat perempuan dihadapannya yang berlagak lelaki.
     "haii..kajol lari ke, hahahah"
     "apa masalah kau?" soal Zainal yang cuba rapatkan diri dengan Amira membuatkan Amira sedikit kaget tapi cuba buat-buat tidak gentar.
     "kau pahal,ada hal?"
     "kalau tak de benda nak cakap jangan  cakap"
     "sukati aku lah. mulut aku,bukan mulut kau"
     "dan suka hati akulah, masalah aku, hal aku, kau jangan menyibok!"
     "ek eleh jantan ni.period apa tiba-tiba" 
  Zainal yang mahu berlalu pergi dari situ kembali balik ke arah Amira dengan perasaan yang sangat geram, marah dan kalau boleh nak saja dia tumbok muka perempuan di depannya itu.
     " hoi cik adek. awak tu dahlah perempuan. buatlah cara perempuan.ni tak. berlagak macam lelaki, dengan baju besar bagai. dengan bengkung yang tak boleh blah..eh kau jangan nak beranganlah nak jadi laki. tiap-tiap bulan pon kau period jugak kan!"
     Terkejut Amira dengan apa yang diperkatakan oleh Zainal sebentar tadi terhadapnya. Semakin meluat dan bencilah Amira padanya.
     "hoi cik abang kampung! mulot tu jaga siket eh! kau hingattttt aku hadap sangkat ke dengan kau! lainlah kau ni macam Adi Putra ke hapa,ni tak! haprak!! "
     Zainal berlalu pergi malas mahu bertekak dengan perempuan gila baginya. Dia yang sedih dengan hubungannya yang putus ditengah jalan cuba mahu menenangkan diri dan fikirannya yang serabut.
     "kuang hajonya jantan! mulot macam longkang! apa! dia ingat dia tu hensem sangat ke. kasar-kasar aku pon, aku ada test aku gak lah. takdelah jenis macam dia.tuih!" ngomel Amira sorang-sorang membantutkan dia yang tadi sedang makan buah epal.


BAB 5


   Tenang cuaca petang ketika itu. Amira yang sedang leka melihat dada langit tidak sedar yang Zainal berada dibelakangnya.
     "jauh menung.Ingat dekat buah hati ke" usik Zainal.
     "eh mamat ni menyebok pulak pahal" bisik perlahan Amira lalu jeling tajam kearah Zainal
     "ni aku nak bagitau kau,lepasni kita akan bernikah.Aku harap kau jangan pernah nak ada hati dengan aku.sebab aku khawin dengan kau ni pon atas sebab permintaan mak aku.ikut hati aku takde maknanya aku hingin jenis macam kau ni"
     "eh tulun siket eh!kau hengat aku pon hadap sangat ke dengan kau!dahlah budak kampung,busuk,eh kau tak layaklah nak khawin dengan aku!"
     "malanglah lepasni hidup aku dapat bini spesis macam kau ni.apalah nasib aku. Amira memandang atas bawah tubuh Zainal yang berlagak bagus.Meluat rasanya dan mahu saja diganyang-ganyang lelaki dihadapannya itu.
     "kalaulah aku dapat khawin dengan Lya mesti hidup aku bahagia.dahlah lemah lembut,sopan,cakap tak pekik-pekik,jalan pun kepit-kepit je,ishh malangnya hidup aku"
     "yang kau ni dah pahal,kalau dah gatal sangat khawin jelah dengan dia! kesah pulak aku kan"
     "atas pemintaan emak wahai cik adik berlagak lelaki!" tajam mata Zainal memandang tepat kearah mata Amira. 
     "aku benci kau jantan berlagak bagus!!" pekik Amira tiba-tiba seperti harimau lapar lalu pergi meninggalkan Zainal yang berada disitu.Tapi Zainal sudah masak benar dengan perangai dia. Dari kecil memang tak boleh berjumpa. Tak ubah macam anjing dengan kucing.


........................................................................


     Segala persiapan sudah siap.Cuma tunggu Tok Imam sampai sahaja.Ramai sanak saudara hadir ke rumah Datok Jamal dan Datin Mariah bagi menyambut hari bahagia antara Amira dan Zainal walaupun bagi mereka itulah hari kiamat mereka berdua.
     "haaa,cantik jugak anak mama sorang ni.dengan bermekap,rambut panjang dilepaskan.ini tidak.ada rambut panjang di pendekkan nak bagi nampak kunun-kunun pendek macam lelaki"
     "rimaslah maa" rungut Amira yang dari tadi tidak selesa dengan dirinya yang sudah bersolek dan rambut panjangnya dilepaskan ke bahu. Rasa seperti ada sawang-sawang dilehernya. Dengan baju yang berenda-renda.Pintu diketuk lalu dibuka oleh mak andam yang berada disitu.
     "mana dia adek jambu abang sorang ni?" sapa Faisal abang kepada Amira yang baru saja sampai dirumah itu bersama isteri dan anaknya.
     "bro!! perghh bro! kacak siot kau!" satu tamparan kuat dibelakang dada Faisal membuatkan Faisal sedikit terbatuk.
    "eh kau ni jambu.dah nak jadi  isteri orang pon kasar macam laki kan.bawaklah berubah dek oi,marah laki kau tu kang"
    "lantak ahh! kesah plak aku bro!malas aku nak jadi sotong-sotonh uh.geli geleman.ni,aku pakai baju ni dengan mekap tebal dah macam wayang cina ni pon aku rimas tau tak.macam hape tah" bebel Amira sambil mengangkat kain bajunya yang labuh ke lantai bak princess.
    "eh abang baru perasan yang adik abang ni cantik jugak eh rupenye..pergh!! pergh!!! hahahah, dengan gincu merah ang-ang bagai" usik Faisal yang rindu benar dengan adik perempuannya yang sudah lama tidak bertemu dek kerana urusannya di Sabah yang membataskan waktu untuknya selalu berkunjung ke rumah melawat keluarganya
    "ahh, lawalah sangat bro.macam hape tah.."
    "Mira..dah siap? jum turun bawah" arah Datin Mariah lalu menghulurkan sejambak bunga hidup yang segar kepada Amira
    "apa ni ma bunga-bunga bagai.dahlah dengan baju,mekap bagai ni dah merimaskan mira,ni bunga pulak"
    "kau jangan banyak songeh dah cepat turun,kang marah tok imam,dia pon ada kerja lain"
   Baju pengantin yang dipakai Amira labuh kelantai membuatkan dia berasa tidak selesa lalu diangkatnya setinggi lutut mengejutkan orang-orang yang berada disitu.
     "Mira!!!turun kain tu! jalan tu pon jangan nak kasar sangat! sopan sikit! kepit!" tegur Datin Mariah geram dengan perangai Amira yang masih boleh buat perangai di hari bahagianya
    "eeeeeeeee!!!rimas rimas!!!geli!!!!!!" kuat jeritan Amira sampai terdengar tetamu yang berada dibawah.
Datin Mariah terpaksa menebalkan mukanya dengan karenah anak gadis seorangnya itu. Ramai tetamu sudah berkumpul di ruang tamu. Anak-anak kecil bermain buih-buih belon dilaman luar. Jurugambar yang ditempah khas juga sibuk menjalankan tugas masing-masing. 
    "betul ke apa yang aku buat ni" bisik hati kecil Zainal yang masih lagi ragu-ragu akan tindakan yang dibuat sekarang.
     "haa ini ke pengantinnya?" soal tok imam apabila melihat kelibat Amira yang sedang berdiri di tepi dinding dengan muka masam mencuka. Terhenti seketika lamunan Zainal seketika lalu mengalihkan pandangan ke arah Amira.
     "mak aih..dia ke ni,kenapa cantik sangat.mana datang rambut panjang dia tu" puji Zainal akan kecantikan Amira setelah dihias cantik dengan baju pengantin yang dipakainya. Amira yang sedari Zainal sedang melihatnya lantas menunjukkan segenggam penumbuk ke arahnya mengejutkan para tetamu akan perilaku kurang sopan Amira.
     "ish budak ni! buat hal pulak dia.." ngomel Datin Mariah, lantas satu cubitan hinggap di peha Amira.Itulah balasan untuk orang yang kurang sopan. 
    Majlis berjalan seperti biasa dengan satu lafaz. Semua tetamu mengucap syukur semuanya berjalan dengan lancar. 
    "selamat pengantin baru perempuan" usik Scha kawan kepada Amira yang menjadi sebagai pengapitnya pada hari tu. Senyum sinis dilemparkan. Bermacam yang bermain difikiran Amira.
     "haaa, bolehlah sarung cincin" kata Tok Imam kepada Zainal. Dia berasa seperti tidak percaya yang inilah jalan hidup yang dia pilih bersama dengan perempuan yang lagak bukan macam perempuan,kasar,suka melawan cakap.
     "Mira, hulur jari tu sayang" arah Datin Mariah senyum bahagia melihat anak gadisnya kini menjadi milik Zainal. Kini Amira berada di bawah tanggungjawab Zainal sebagai suaminya. Mata Amira meliar melihat keliling, mahu saja dia lari keluar dari rumah tapi apakan daya semuanya sudah terlambat. Dia kini sudah sah menjadi isteri orang.
    "Mira.." tegur Datin Mariah lagi dengan nada tegas mengejutkan Amira yang sibuk memandang keliling. Jari Amira dihulur lalu cincin disarungkan. Begitu juga dengan Amira menyarung cincin di jari Zainal tanpa melemparkan satu senyuman.
    "pengantin lelaki, boleh lah cium dahi pengantin perempuan ye" arah jurugambar yang mahu menangkap gambar sebagai memori pada hari itu.
    "eee tulunlah! nak cium-cium bagai ni apa kes?!" 
    "Mira!.." geram Datin Mariah dengan perilaku Amira yang menjadi-jadi.
    "kau ingat aku nak sangat ke cium kau pompuan. dahlah kering" bisik hati Zainal yang menyampah melihat Amira walau dia sendiri memuji akan kecantikan Amira ketika itu setelah dirias.


BAB 6


      Penat badan masih terasa dek kerana majlis pernikahannya dengan Amira siang tadi.Itu belum lagi majlis sanding yang akan dibuat seminggu lagi. 
     "eh eh eh stop stop! yang kau ni apahal masuk bilik aku ni? keluar-keluar"
     "aku pun tak hinginlah nak sebilik dengan kau, tapi dah memang ni bilik untuk aku juga, kau pon terima jelah"
    "eeeiiiii tolong siket..adoilahaiii bagaimanainipon kalau cakap pon tidak memahaminyapon. ini bilik aku, jadi kau tidor lah dekat luar, sengal!" . Bantal dan selimut di katil dicapainya, tubuh Zainal yang terasa sangat penat ketika itu direbahnya ke lantai.Malas dia mahu bertekak dengan perempuan yang berlagak ego itu.
    "ewah ewahh..hoi!! tu selimut aku lah sengal! bagi balik! dahlah duduk rumah aku! tak tau malu!". Selimut ditarik kuat dari Zainal. Geram Amira dengan apa yang Zainal lakukan.
    "diamlah makcik..bisenglah, orang nak tidor,penat tau tak"
    "suka hati akulah!mulot aku! kau apa de hal?!" 
    "dan sukati akulah nak tidor manapun , aku dah sah jadi suami kau"
    Semakin membuak geram dan menyampah Amira terhadap Zainal. Mahu saja dia ketuk kepala Zainal dengan kayu hoki.
    "kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni " ngomel Amira sorang-sorang tanpa dipedulikan Zainal.


......................................................




     Wangi bau air kopi yang dibancuh Mak Mah pagi tu.Datuk Jamal yang ketika itu sedang membaca akhbar terus ke ruang makan untuk mengisi perut di waktu pagi.
    "budak-budak dah bangun ke mamanya?"
    "entahlah papanya, rasanya kalau si Zainal tu dah kot, tapi tak taulah kalau si Mira tu" jawab Datin Mariah sambil membetul-betulkan bunga hidup kesayangannya.
    "selamat pagi ayah,mak"
    "haa pagi. eh sorang je? mana Mira?" soal Datuk Jamal sambil menghirup air kopi kegemarannya.
    "ermmm tak bangun lagi ayah"
    "ish budak ni lah. tulah dah biasa sangat.dia tu kalau Nal nak tau, selagi matahari tak terpacak selagi tu dia tak bangun tau tak" ngomel Datin Mariah yang sudah masak benar dengan perangai anak perempuannya. Ketawa kecil Zainal mendengar apa yang diberitahu Datin Mariah.
    "spesis macamtu mana reti nak bangun. sesuai geng dengan badak, susah nak bangun" bisik hati kecil Zainal.
    "Zainal nanti kejutkan Mira ye.cakap mama nak ajak dia pergi shopping". Zainal mengangguk, dan minum sedikit air kopi dihadapannya sebagai mengalas perutnya.
    Pintu dibuka perlahan. Semak keadaan katil dek Amira yang tidur dengan lasak.
    "hoi bangun". Lama Zainal kejutkan Amira tapi tak diendahnya.
    " hoi bangunlah badak, tak reti nak bangun ke". Amira yang sedang enak dibuai mimpi jadi marah bila dikejutkan kerana waktu-waktu seperti ini adalah time dia  tidur  hingga ke tengahari.
    "aku nak tidorlah.janganlah kacau aku!" marah Amira lalu menarik selimut menyelimuti tubuhnya.
    "oo kau tak nak bangun eh..kau siap, tunggulah kau" perlahan Zainal berkata lalu pergi ke tandas dan mengambil baldi. Baldi itu diisi air yang sejuk pada pagi itu. Baldi yang berisi air itu lalu disimpah ke arah Amira yang asyik sibuk tidur bermain mimpi.
    "oiiii!!!!!!! sengall!! bodoh!!! woii!!!! apa ni!!! " terkejut Amira bangun umpama pacat kegedikkan.
    " hahahhaah tulah aku suroh kau bangun kau tak nak. ni makan dia" . Serta merta satu tumbukan tepat hinggap ke pipi Zainal.
    " haa rasakan tu untuk kau! rasa apa? oren?" . Pedih pipi Zainal, dan perasaan marahnya semakin membuak.
    " hoi!! apahal ni tumbok-tumbok aku! " tangan Zainal mahu singgah ke pipi Amira tapi belum sempat, Datin Mariah dan Datuk Jamal cepat-cepat naik ke atas mahu lihat apa yang terjadi.
    "ya Allah! budak-budak ni apa nak jadi. haaa Mira kenapa ni sampai basah kuyup ni".
    " Jantan ni lah maa tiba-tiba simbah air kat mira, gila tak mengamok mira,bodoh!" Datuk Jamal hanya menggelengkan kepala bila melihat apa yang berlaku antara anaknya dan menantunya.
    "kau orang ni baru je nikah semalam, harini dah macamni. ni baru satu hari tau" tegur Datuk Jamal yang sedikit nak tergelak bila ternampak ada kesan seperti lebam dipipi Zainal.
    "Mira kalau nak bertumbuk bukan dekat sini ye. Ingat sikit awak tu dah jadi isteri orang.kena hormat, cakap lembut-lembut, bukan macam lelaki" tegur Datuk Jamal lagi. Zainal yang berdiri di sudut katil usap pipinya yang terasa pedih dek penangan tumbukan Amira.
    "tu makan dia!" balas Amira lagi.
    "sudah sudah. Mira pergi siap, mama nak bawak Mira keluar. ikut mama"
     "ala mama ni, pagi-pagi buta ni nak pergi mana, adoilahaiii"
     "jangan nak adoilahai adoilahai sangaat.dah pergi siap"
   Datuk Jamal membawa Zainal turun kebawah bagi merawat lebam dipipinya itu. Kesian Datuk Jamal melihat Zainal yang terpaksa berkahwin dengan anak perempuannya. Tapi dia percaya, ini mungkin permulaan, lama-lama nanti baiklah tu. Biasalah budak-budak muda.